Berikut adalah beberapa kaedah untuk menguatkan ingatan:
Membaca Al-Quran
Sekiranya anda seorang Muslim, amalkan membaca Al-Quran walau sehelai
muka surat setiap hari. Membaca Al-Quran dapat menerang jiwa, menenangkan
perasaan dan menajamkan daya ingatan dengan lebih baik.
Amalkan Tidur Yang Cukup
1/3 hidup kita dihabiskan dengan tidur. Namun ada orang yg suka
tidur lewat
atau mengabaikan tidur yg cukup. Badan perlu rehat.
Keletihan hanya akan
mengganggu maklumat/data yang telah disimpan
oleh otak dan juga menjejaskan
kemampuan untuk mempelajari sesuatu
yg baru. Oleh itu, amalkan tidur yg
cukup di malam hari kerana ia dapat
membantu daya ingatan kita berfungsi.
Mengawal Tekanan
Tekanan hanya akan membuat jiwa anda tidak tenteram dan menyebabkan
kesihatan anda terganggu. Anda juga lebih cenderung untuk menjadi
seseorang
yang tidak peka dengan keadaan persekitaran. Anda tidak
dapat berfikir
dengan jelas dan daya ingatan anda juga terjejas. Oleh itu,
kawal tekanan
anda dengan baik seperti bermeditasi, membaca Al-Quran,
sauna,
aromaterapi dan sebagainya.
Berhati-hati Dengan Pengambilan Vitamin atau Makanan Tambahan
Sesetengah produk yg dijual di kaunter atau farmasi tidak sesuai dengan
kita.
Ada yg kononnya dapat meningkatkan daya ingatan. Tetapi sebaliknya
ada
yg memberi kesan sampingan. Oleh itu, lebih baik jika kita mendapatkan
vitamin yg diperlukan oleh tubuh badan kita dengan pemakanan yg seimbang
atau rujuk dahulu doktor yg bertauliah sebelum membeli makanan tambahan.
Bersenam
Bersenam dapat menggerakkan otot-otot dan melancarkan peredaran darah
ke
otak. Oleh itu, daya ingatan kita juga akan menjadi lebih baik. Amalkan
senaman walaupun sekadar berjalan kaki.
Elakkan Kemurungan
Kemurungan dalam hidup akan menyebabkan hidup anda tidak ceria. Anda
sentiasa berada dalam keadaan tidak segar dan rasa kecewa. Lama-kelamaan
ia
turut menjejaskan daya ingatan anda dan membuat anda tidak hirau dengan
persekitaran anda. Ubatilah kemurungan sebelum menjadi serius dengan
berjumpa psikiatri atau beramal-ibadah mendekatkan diri kepada Tuhan.
Awasi Pengambilan Ubat
Daya ingat mungkin menjadi lemah dengan pengambilan ubat-ubatan tertentu
seperti pil hormon, ubat darah tinggi, anti-kemurungan dan sebagainya. Jika
anda menghadapi masalah daya ingatan disebabkan pengambilan ubat,
konsultasi dengan doktor. Jangan mengambil ubat tanpa arahan doktor.
Belajar Sesuatu yang Baru
Cubalah aktifkan pemikiran anda dengan mempelajari sesuatu yang baru
misalnya Bahasa Jepun, kursus kemahiran jangka pendek, menjahit, atau
menghadiri ceramah dan motivasi.
Permainan
Bermain sesuatu permainan seperti board games dapat merangsang minda.
Contohnya, catur, scrabble (Sahibba) dan Monopoli. Selain itu, teknologi
sekarang lebih baik seperti permainan komputer dan Playstation. Pilihlah
jenis permainan yang mencabar minda.
Banyak Membaca
Jadikan amalan membaca sebagai kegiatan harian. Membaca dapat
meluaskan
pengetahuan, mengembangkan minda dan menajam daya
ingatan. Cuba ingat
sedikit-sebanyak fakta yang terkandung di dalam bahan bacaan.
Katakan Berulang Kali
Untuk meningkat ingatan anda tentang sesuatu maklumat atau tarikh, katakan
dengan kuat dan berulang kali sehingga anda benar-benar ingat akan maklumat
tersebut.
Fokus
Daya ingatan dapat dilancarkan sekiranya anda sering fokus dalam sesuatu,
contohnya matlamat hidup. Anda juga dapat belajar fokus dengan menumpukan
fikiran anda pada sesuatu perkara dan mencatatkan apa yang anda fikirkan.
Bermain Dengan Angka
Asahkan minda anda dengan cuba bermain dengan angka seperti mengingati
nombor telefon rakan-rakan. Selain itu, anda boleh menghubungkaitkan
angka-angka tersebut dengan sesuatu bagi meningkatkan daya ingatan.
|
No comments:
Post a Comment