Sebelum membaca
apa-apa bacaan di setiap gerakan solat, pastikan kita benar-benar rasa jelas
lagi nyata bertemu dengan Allah SWT. Kemudian barulah membaca bacaan solat
dengan penuh rendah hati dan terus menjaga kesedaran yang kita sedang bertemu
dengan Allah SWT. Sederhana kan?
“khusyuk itu adalah keyakinan bertemu dengan Allah SWT dan yakin kembali
kepadaNya”.
Kita berjaya
kembali kepada Allah SWT apabila kita SEDAR akan pertemuan kita dengan Allah
SWT yang sedang berlangsung itu.
CTH:
sebelum membaca Takbiratul ikram, pastikan kita benar-benar sedar yang kita
sedang bertemu dengan Allah SWT hingga BENAR-BENAR terasa
pertemuan itu. Kemudian barulah membaca bacaan solat.
Untuk
menguatkan kesedaran ini fahamilah (bukan hafal) makna bacaan solat agar faham
apa yang diperkatakan atau disampaikan kepada Allah SWT.
Analogi:
Ketika kita mengucapkan thank you, kita tidak menghafal thank you = terima
kasih. Tetapi kita memahami terus dlm hati bahawa thank you itu adalah ucapan
terima kasih tanpa memikirkan maknanya.
Lakukan terus
ketika rukuk, sujud dan seterusnya.
Pertemuan ini
mesti dalam keadaan sedar penuh dan TIDAK membayangkan Allah kerana apa
yang dibayangkan pasti bukan Allah SWT.
PRAKTIKKAN….insha
Allah pasti ada perbezaan solat kita dengan solat yang lepas.
note: jika
manafaat, sebarkan kepada kawan-kawan saudara agar semua mampu merasai nikmat
solat iaitu nikmat bertemu dengan Allah SWT.
(Sumber
http://www.fuadlatip.com)
No comments:
Post a Comment