Saturday, 24 May 2014
10 CARA BAHAGIAKAN IBU BAPA
Mampukah kita…..
Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.
Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.
1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.
2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.
3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat.
Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24).
4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang ‘membuang’ ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.
5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”
6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi). Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”
7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.
8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.
9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.
10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia.
Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim).
Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

10 Cara mencegah kanser Payu Dara!!!
Untuk semua………..
1. Kata “Tidak” kepada alkohol
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman
berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan
kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali
risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap
hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak
termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser
dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan,
faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).
2.Berhenti Merokok
Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan
kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia
muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait
dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan
yang tepat untuk berhenti merokok.
3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan
senaman
Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa
aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk
kanser payudara. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna
(beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian
belaiu dengan suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan
sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko
kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.
4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara
dalam keluarga anda
Para saintis telah mengenalpasti baka kanser
payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser
payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu
daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur
hidup anda adalah 85%.
Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga
anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda.
Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun
ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan
mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib
seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka
kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin
kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan
5 Jauhi daripada mengamalkan terapi
penggantian hormon (HRT) , jika boleh
Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di
antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengankanser payudara.Ini kerana
kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser.
Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT
untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya
kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih
dahulu.
6. Periksa payudara anda setiap bulan
Ini merupakan langkah yang paling penting
untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser
payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin
anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.
Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui
payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan
mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di
samping mencari sebarang ketulan atau nodus.
Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara
sebahagian amalan hidup anda.
Memandangkan payudara setiap wanita adalah
unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan
secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan
pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.
Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser
payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara
dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam
payudara bukanlah kanser.
7.Amalkan diet lemak rendah
Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan
besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit
ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara.
Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser
payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini
kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang mengovumdari biasa. Jadi sel
payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca
menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak,
lebih tinggi paras ostrogennya.
8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan
mammogram anda – Ia bukan satu pilihan
Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram
juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian
mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui
pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan
tangan.
Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia
tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran
atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem.
Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara
anda lebih lembut.
Oleh kerana mamogram dilakukan oleh
radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa
kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.
Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?
Garis panduan sedia ada untuk wanita yang
tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:
Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau
dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone
(HRT) dan profil risiko seseorang.
9. Berkeluarga awal jika boleh
Seorang wanita yang mempunyai anak di awal
hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan
jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga
mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya
darpada kanser payudara dan serviks.
10. Amalkan penyusuan badan
Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu
mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser.
Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus
awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.
Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati.
Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif,
peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu
Hukuman Mati Akibat Kecuaian.
10 Cara Berhenti Merokok, Selamba Tapi BERKESAN
Rokok sudah
difatwakan haram. Jadi bagi yang merokok kenalah berusaha untuk tak merokok. Ada cara berhenti merokok nie. Tapi
paling penting semangat harus kental. Dan mind set kena betul. Tiada yang
mustahil. Bermujahadahlah wahai perokok semua.
Masih ramai yang
sayangkan kamu. Takkan sanggup mati awal, tinggalkan isteri dan anak. Taklah
sanggup menderita kanser yang kejam memakan diri. Dan takkanlah takde sekelumit
pun rasa bersalah waktu rokok disedut.
Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusalah. Cuba untuk berhenti.
10 Cara Berhenti Merokok
Paling Berkesan
1.
Lengahkan
Jika ada rasa mahu
'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu.
Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak
mungkin bila tiba rasa nak merokok.
2.
Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'
Jangan terperdaya
dengan 'cukuplah sebatang'. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan
nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap
habis sekotak.
3.
Elakkan Punca Merokok
Kenali apa punca
merokok. Contohnya sebab nak setaraf dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk
melepak atau berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini.
Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama. Atau pindah
tempat melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid.
Atau jika sebelum
ini bercakap di telefon menimbulkan rasa nak merokok. Ambillah sebatang pen dan
contenglah sepuas hati.
4.
Bersenam
Ya cara
berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok.
Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan
senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika
ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk
tak menjamah rokok.
5.
Belajar Untuk Relax
Stress adalah satu
penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih
cool. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik,
ambillah air sembahyang. Atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4
saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang
membuatkan korang rasa sejuk.
6.
Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Beritahu ahli
keluarga dan kawan-kawan bahawa korang mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul
keinganan nak merokok. Beritahu mereka. Dan sudah pasti mereka akan ingatkan
kembali niat murni korang yang dah tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada
isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.
7.
Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau
sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh,
isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas
dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa
saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.
8- Go
Online
Rajinkan diri
mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan
belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak
merokok. Brader, you are not alone.
9- Menguyah
Jika rasa nak
merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling
simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang
gula.
10- Guna Alat
Bantuan
Banyak yang ada
dipasaran. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan
nikotin yang menggila
10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa
Sahabat-sahabat para pembaca semua. Dalam artikel kali ini, saya ingin
berkongsi dengan anda, 10 Cara Bagaimana Untuk Mendapat Ketenangan Jiwa,
terutamanya khusus bagi mereka yang merasakan hidup mereka tidak tenteram dan
tidak tenang.
Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.
1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Disana , engkau bertafakur mengabdikan diri kepada Allah. Nasihat
sahabat Nabi itu segera dilaksanakan orang itu.
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
Ketahuilah bahawa, agama kita, ISLAM ada memberikan ubat dan penawar dalam merawat ketenangan. Berikut adalah perkara-perkara atau langkah yang boleh dilakukan untuk mendapat ketenangan jiwa.
1. Membaca dan mendengarkan al-Quran
Suatu ketika seseorang datang kepada Ibnu Mas’ud, salah seorang sahabat utama Rasulullah. Dia mengeluh:
“Wahai Ibnu Mas’ud, nasihatilah aku dan berilah ubat bagi jiwaku yang gelisah ini. Seharian hidupku penuh dengan perasaan tidak tenteram, jiwa gelisah dan fikiranku kusut. Makan tak enak, tidur pun tidak nyenyak.”
Ibnu Mas’ud menjawab: “Kalau penyakit itu yang menimpamu, maka bawalah hatimu mengunjungi tiga tempat.
Pertama, tempat orang membaca al-Quran. Engkau baca al-Quran atau engkau dengar baik-baik orang yang membacanya.
Kedua, engkau pergi ke majlis pengajian yang mengingatkan hatimu kepada Allah.
Ketiga, engkau cari waktu dan tempat yang sunyi. Di
Apabila sampai di rumah, segera dia berwuduk kemudian diambilnya al-Quran dan dibacanya dengan penuh khusyuk. Selesai membaca, dia mendapati hatinya bertambah tenteram dan jiwanya tenang, fikirannya segar, hidupnya terasa baik kembali.
Padahal, dia baru melaksanakan satu daripada tiga nasihat yang disampaikan sahabat Rasulullah itu.
2. Menyayangi orang miskin
Rasulullah memerintahkan kepada Muslim yang punya kelebihan harta untuk memberikan perhatian kepada orang miskin.
Ternyata, sikap dermawan itu boleh mendatangkan ketenangan jiwa. Mengapa? Dalam sebuah hadis menjelaskan bahawa malaikat selalu mendoakan orang yang dermawan:
“Setiap pagi hari dua malaikat senantiasa mendampingi setiap orang. Salah satunya mengucapkan doa: Ya Allah! Berikanlah balasan kepada orang yang berinfak. Dan malaikat yang kedua pun berdoa: Ya Allah! Berikanlah kepada orang yang kikir itu kebinasaan.”
Daripada hadis berkenaan dapat disimpulkan bahawa orang yang dermawan itu akan memperoleh dua balasan.
Pertama, dia mendapat ganjaran atas apa yang diberikannya kepada orang lain.
Kedua, mendapatkan limpahan ketenangan jiwa dan belas kasihan daripada Allah.
3. Melihat orang yang di bawah, jangan lihat ke atas
Ketenangan jiwa akan diperoleh jika kita senantiasa bersyukur atas segala pemberian Allah meskipun tampak sedikit.
Rasa syukur itu akan muncul apabila kita senantiasa melihat orang yang keadaannya lebih rendah daripada kita, baik dalam hal kebendaan, kesihatan, rupa, pekerjaan dan pemikiran.
Betapa banyak di dunia ini orang yang kurang beruntung. Rasa syukur itu selain mendatangkan ketenangan jiwa, juga ganjaran daripada Allah.
4. Menjaga silaturahim
Manusia adalah makhluk yang perlu menjalinkan hubungan yang baik dengan manusia lain. Pelbagai keperluan hidup takkan mungkin boleh diraih tanpa adanya bantuan daripada orang lain.
Dalam hadis Rasulullah diperintahkan untuk tetap menjalin silaturahim sekalipun terhadap orang yang melakukan permusuhan kepada kita. Rasulullah bersabda bahawa silaturahim dapat memanjangkan umur dan mendatangkan rezeki.
Hubungan yang baik di dalam keluarga, mahupun dengan tetangga akan menciptakan ketenangan, kedamaian dan kemesraan. Hubungan yang baik itu juga akan meleraikan sifat dengki, buruk sangka, iri hati, besar diri dan sebagainya.
5. Banyak mengucapkan “La hawla wa la quwwata illa billah“
Sumber ketenangan jiwa yang hakiki bersumber daripada Allah. Oleh itu, hendaklah kita selalu menghadirkan Allah dalam segala keadaan, baik dalam keadaan senang ataupun susah.
Kuatnya hubungan kita dengan Allah akan membuatkan jiwa seseorang itu menjadi kuat, tidak mudah goyah. Apabila kita lalai mengingati Allah, maka ia membuka peluang bagi syaitan mempengaruhi fikiran kita.
6. Mengatakan yang haq (benar) sekalipun pahit
Hidup ini harus dijaga agar senantiasa berada di atas jalan kebenaran. Kebenaran harus diperjuangkan.
Pelanggaran terhadap kebenaran akan mendatangkan kegelisahan. Ketenangan jiwa akan tercapai apabila kita tidak melanggar nilai kebenaran.
Sebaliknya, pelanggaran terhadap kebenaran akan berpengaruh terhadap ketenangan jiwa. Lihat saja orang yang kerap melakukan maksiat dalam hidupnya, mereka akan berasa gelisah walaupun nampak senang dan ceria.
7. Tidak ambil peduli terhadap celaan orang lain asalkan yang kita lakukan benar kerana Allah
Salah satu faktor yang membuat jiwa seseorang tidak tenang adalah kerana selalu mengikuti penilaian orang terhadap dirinya.
Seorang akan memiliki pendirian kuat jika berpegang kepada prinsip yang datang daripada Allah.
8. Tidak meminta kepada orang lain
“Tangan di atas (memberi) lebih mulia dari tangan di bawah” adalah hadis Rasulullah yang merangsang setiap mukmin untuk hidup berdikari.
Tidak bergantung dan meminta-minta kepada orang lain kerana orang yang berdikari jiwanya akan kuat dan sikapnya lebih berani dalam menghadapi kehidupan.
Sebaliknya, orang yang selalu meminta-minta menggambarkan jiwa yang lemah.
9. Menjauhi hutang
Dalam sebuah hadis, Rasulullah dengan tegas mengatakan:
“Janganlah engkau jadikan dirimu ketakutan setelah merasai ketenangan!”
Sahabat bertanya: “Bagaimana boleh terjadi seperti itu!”
Sabdanya: “Kerana hutang.”
Begitulah kenyataannya. Orang yang berhutang akan senantiasa dihantui ketakutan kerana dia dikejar-kejar untuk segera membayarnya.
Inilah salah satu faktor yang membuat ramai orang mengalami tekanan jiwa. Rasulullah juga mengatakan:
“Hendaklah kamu jauhi hutang kerana hutang itu menjadi beban fikiran di malam hari dan rasa rendah diri di siang hari.”
10. Selalu berfikir positif
Mengapa seseorang mudah berasa tertekan? Salah satu faktornya kerana dia selalu dibayangi fikiran negatif, selalu mencela dan menyesali kekurangan diri.
Padahal, kita diberikan Allah pelbagai kelebihan. Ubahlah fikiran negatif itu menjadi positif. Ubahlah ungkapan keluh kesah yang membuat muka berkerut, badan lemas, ubahlah dengan ungkapan senang.
Bukankah di sebalik kesulitan dan kegagalan itu ada hikmah yang boleh jadi pengajaran?
Sumber Rujukan : Tulisan Ustaz Mohd Zawawi Yusoh
Saya harap artikel ini sikit sebanyak memberikan panduan kepada mereka-mereka yang bermasalah dalam mencari ketenangan jiwa dan kebahagiaan hidup, insyaAllah.

Thursday, 22 May 2014
Tips Menguatkan Daya Ingatan
|
Kepentingan Air
INFO:
Setiap kali selepas makan tengah hari mesti mengantuk. Kadangkala rasa tidak larat hendak buka mata..
Sememangnya, mengantuk selepas makan bukan disebabkan kurang tidur, sebaliknya ia menandakan kita dahaga dan badan tidak cukup air. Ramai tersilap menafsirkan keperluan badan terhadap air dengan rasa lapar.
Dahaga bukan petanda terbaik untuk memberitahu badan memerlukan air kerana sensitiviti terhadap dahaga semakin berkurang apabila umur meningkat, terutama pada orang tua. Badan kita hanya boleh mengawal keseimbangan air hingga satu peringkat tertentu.
Paras garam akan meningkat apabila simpanan air dalam badan berkurang. Otak akan mengesan perubahan keseimbangan ini dan memberi isyarat kepada buah pinggang untuk mengurangkan kehilangan air serta mencetuskan rasa dahaga.
Bagaimanapun, cetusan rasa dahaga ini berlaku lewat. Biasanya apabila kita berasa dahaga, badan sudah kehilangan kira-kira dua cawan cecair badan. Kehilangan ini boleh menimbulkan pelbagai implikasi.
Air adalah unsur penting dalam badan. Badan lelaki membabitkan 65 peratus air dan 55 peratus bagi wanita. Air bertindak sebagai pelarut, penyejuk, pelincir dan agen pengangkut nutrien ke seluruh badan.
Kandungan air dalam badan setiap orang adalah berbeza mengikut kandungan lemak masing-masing. Secara umumnya, jumlah peratusan air dalam badan orang yang tidak banyak lemak adalah lebih tinggi. Kira-kira 70 peratus berat otak, 75 peratus berat jantung, 90 peratus berat paru-paru dan 82 peratus kandungan darah membabitkan air.
Badan mengalami kehilangan air sepanjang masa iaitu hampir 80 peratus sehari, walaupun kita tidak aktif. Kehilangan ini berlaku melalui air kencing, najis, peluh dan pernafasan. Setiap kali menghembuskan nafas, kita kehilangan air dalam bentuk wap. Jika dikumpulkan, kita mungkin boleh dapat satu atau dua gelas air yang hilang melalui pernafasan.
Ini sebabnya pakar kesihatan menyarankan kita minum sekurang-kurangnya lapan gelas atau satu liter air setiap hari. Sumber air bukan hanya daripada air minuman kerana ia juga ada dalam makanan, buah-buahan dan sayur-sayuran.
Berapa banyak air yang kita perlukan?
Secara umumnya setiap orang memerlukan sekurang-kurangnya lapan gelas air atau satu liter air sehari. Namun, jumlah ini berbeza antara setiap individu, aktiviti dilakukan dan cuaca tempat tinggal. Tentu saja jika kita melakukan senaman pada hari panas, kita kehilangan lebih banyak air melalui peluh.
Air yang keluar ini perlu diganti segera, sama ada ketika atau selepas bersenam, untuk mengelak masalah kekeringan. Kehilangan banyak air menyebabkan tekanan darah turun mendadak, bekalan oksigen ke otak menurun dan jika terlalu serius, ia boleh membawa maut.
Jika terlalu banyak minum, tidakkah akan berlaku keracunan air? Memang boleh, tetapi ia jarang berlaku. Sebenarnya sukar bagi orang sihat mengalami keracunan air. Ia biasanya berlaku pada bayi. Malah, individu yang alami masalah berat badan berlebihan perlu minum lebih banyak air, iaitu segelas bagi setiap 11 kilogram melebihi berat badan unggul.
Mereka yang bercita-cita mengurangkan berat badan juga digalakkan minum banyak air. Kekurangan air merendahkan kadar metabolisma dan badan tidak boleh memecah dan menggunakan lemak dengan berkesan. Akibatnya, proses menurunkan berat badan menjadi lebih sukar.
Masalah retensi air atau ketidakbolehan badan mengeluarkan air dari pundi kencing menjadi lebih buruk jika kita tidak mendapat cukup air. Ada kalanya masalah ini boleh diatasi dengan minum lebih banyak air untuk menggalakkan pembuangan air berlebihan.
Oleh kerana kebanyakan zat makanan larut dalam air, mungkin ada yang risau ia dibuang melalui air kencing. Jangan risau. Masalah ini tidak berlaku kerana buah pinggang kita mempunyai sistem penapisan yang cerdik. Hanya bahan tidak berguna dibuang. Semua khasiat makanan diserap ketika dalam usus dan dimasukkan ke dalam darah untuk diagihkan ke seluruh badan.
Sebenarnya ramai mengalami masalah kekurangan air tanpa disedari. Malah, ramai juga berkata tidak mahu kerap berulang ke tandas sebagai alasan untuk tidak minum banyak air. Tindakan ini sebenarnya meracun diri kerana tanpa air yang cukup, badan sukar mengeluarkan bahan toksik dan boleh berkumpul membentuk batu karang.
Tanpa air yang cukup juga, nutrien daripada makanan tidak dapat diagihkan dengan baik dan menyebabkan lebih banyak lemak terkumpul dalam badan. Bentuk dan saiz otot turut berubah. Paling malang , jika kekurangan air meningkatkan paras bahan toksik hingga membahayakan nyawa.
Kesan kekurangan cecair
Kajian menunjukkan kehilangan dua peratus cecair badan boleh menyebabkan:

- Lemah daya ingatan (ingatan jangka pendek)
- Sukar membuat kiraan, walaupun yang mudah
- Sukar memberi tumpuan terhadap perkara dilakukan terutama pada skrin komputer atau bahan bacaan bercetak
- Tekanan darah menurun
- Jumlah oksigen yang sampai ke otak berkurang menyebabkan rasa mengantuk
- Lesu pada waktu siang
- Sakit belakang
- Dehidrasi
- Sakit kepala
- Memperlahankan kadar metabolisma
- Meningkatkan risiko kanser usus, pundi kencing dan payu dara
- Sendi dan otot mengalami kekeringan
- Menyukarkan penyingkiran bahan toksik
- Meningkatkan keinginan untuk makan
- Darah menjadi pekat
- Mudah keliru.
- Degupan jantung meningkat
- Menjejaskan tindak balas kimia dalam badan
Subscribe to:
Posts (Atom)