Friday, 26 December 2014

33 Petua dan Tip Kuruskan Badan Tanpa Ubat

1. JANGAN BERLAPAR
Makanan memberi kita tenaga dan bila kita menggunakan tenaga kurang dari apa yang kita ambil, tubuh akan terkejut. Tubuh akan mula membakar 'muscle'(otot) untuk menggantikan makanan. Ini menyebabkan kadar metabolisma tubuh menjadi rendah. Bila anda tidak tahan berlapar, pada kebiasanya anda akan makan dengan lebih banyak. Pada masa ini, walaupun tahap pengambilan makanan anda telah kembali ke paras normal, tetapi metabolisma tubuh masih lagi rendah. Ini menyebabkan ia tidak membakar kalori pada tahap yang sama lagi

2. AMBIL SESUATU YANG PAHIT SEBELUM MAKAN
Minumlah kopi dan kumur beberapa saat sebelum makan. Cara ini menyebabkan tekak merasa pahit dan menghantar isyarat melalui otak bagi menggalakan rembesan enzim dan asid HCL. Kekurangan enzim dan asid HCL di dalam perut boleh menyebabkan ketidakcekapan penghadaman.

3. MINUM 8 GELAS AIR SEHARI
Air mengurangkan selera makan anda secara semulajadi dan membantu badan memetabolisma simpanan lemak di dalam tubuh. Sebelum makan makanan yang berat-berat, cuba minum air, pasti anda tidak akan makan dengan banyak.

4. ELAKKAN MINUM MINUMAN YANG BERGAS
Minuman bergas biasanya mengandungi 7-8 sudu gula dan tidak baik untuk kesihatan tubuh.

5. KURANGKAN PENGAMBILAN GARAM
Pengambilan garam yang tinggi menggalakan penangkungan air. Mengurangkan pengambilan garam bermakna badan anda menangkung sedikit air. Ini bermakna anda kurang berat yang disebabkan air.

6. AMBIL SARAPAN PAGI
Anda juga boleh menurunkan berat badan dengan pengambilan sarapan pagi. Menurut satu kajian, mereka yang tidak mengambil sarapan pagi lebih cenderung untuk gemuk berbanding dengan mereka yang mengambilnya. Bagaimana ia terjadi? Sarapan pagi menstabilkan hormone dan paras gula di
dalam darah. Kadar metabolsima juga meningkat untuk membakar kalori.

7. MAKANLAH DENGAN PERLAHAN-LAHAN
Nikmatilah makanan dengan perlahan-lahan dan jangan gopoh. Kerana apabila kita makan secara perlahan-lahan, tubuh akan menghantar isyarat menunjukan kepuasan.

8. KUNYAH MAKANAN KEPADA CEBISAN LEBIH KECIL
Kunyahlah makanan kepada cebisan lebih kecil sebelum menelan kerana dengan cara ini ia lebih mudah dihadam.

9. Biar makan kerap dengan kuantiti yang sedikit daripada makan hanya sekali, dua tetapi dengan kuantiti yang banyak.

10. Jika anda terasa ingin makan snek atau makanan ringan, beruslah gigi anda atau kunyahlah gula-gula getah. Rasa mint atau berangin di mulut akan membantutkan selera anda.

11. Kurangkan pengambilan marjerin, butter dalam makanan anda. Kalau boleh, usah ada di dalam peti ais anda.

12. Apabila makan di restoran atau gerai , pesanlah air limau nipis atau jus oren kerana minuman masam menggalakan pembakaran lemak. Mintalah minuman yang kurang gula.

13. Buah-buahan dan sayur-sayuran adalah sumber terbaik untuk vitamin, mineral dan serat dan kandungan lemak yang rendah.

14. Jangan timbang berat badan anda setiap hari kerana anda tidak akan nampak perubahannya. Jika anda minum banyak, dan waktu itu anda timbang berat badan yang pastinya meningkat, mungkin anda akan berputus asa untuk berdiet

15. Ambil makanan yang berempah
Sesetengah rempah seperti cili, biji sawi, didapati boleh membakar kalori. Penambahan lada hitam bukan sahaja meningkatkan penghadaman, ia juga meningkatkan pembakaran lemak.

16. Pilih Lebih Banyak Bijirin dan Kekacang Dalam Makanan
Bijirin penuh adalah sumber utama tenaga. Bijiran dan hasil bijirin banyak mengandungi karbohidrat kompleks, protein, vitamin, mineral dan sedikit lemak.

17. Simpan Satu Diari
Simpan satu diari makanan boleh berpengaruh besar dalam proses penurunan berat badan. Rekodkan dalam sehari, berapa kali anda makan dan berapa banyak, tahap kelaparan yang memerlukan anda makan, dan perasaan anda ketika makan. Diari makanan boleh membuatkan anda peka kepada
keinginan makan anda. Setelah beberapa lama membuat catatan, perhati dan kenal pasti di mana anda boleh membuat atau perbaiki tabiat pemakanan anda kepada yang lebih sihat. Diari ini juga boleh membuatkan anda lebih fokus dan lebih komited terhadap pelan diet anda. Mulakan diari makanan anda
dan rajin-rajinlah membuat catatan.

18. Tumpukan perhatian untuk sihat, bukan kurus
Ramai orang lebih berjaya dalam penurunan berat badan dalam jangka masa panjang apabila mereka menukar motif mereka daripada untuk kurus kepada untuk kekal sihat dan segar. Tukarlah fikiran anda untuk memikirkan dan memilih makanan apa yang boleh menyihatkan tubuh badan.

19. Cara memasak paling baik untuk mengurangi jumlah kalori dalam makanan adalah merebus memanggang atau mengukus. Khusus untuk sayuran, anda boleh menumisnya dengan sedikit minyak(misalnya satu sudu minyak masak). Hindari minyak atau lemak haiwan.

20. Ketika memilih piring makanan , ambilah piring yang rata dan bukan piring cekung. Ambil sayuran dahulu untuk memenuhi piring, kemudian baru nasi dan yang terakhir, lauk dagingnya. Jika ingin tambah, hanya sayuran yang boleh anda ambil. Jangan lupa, makanlah di meja makan dan jangan di
sembarang tempat apa lagi sambil menonton tv. Sebab, makin menarik program tv, semakin banyak makanan ringan yang anda habiskan!

21. Selain memberi peluang makanan untuk turun , kebiasaan berjalan-jalan sesudah makan akan membantu menghabiskan sebahagian kalori dari makanan itu. Setiap 25 langkah anda berjalan satu kalori akan diguna. Lebih-lebih lagi anda menaiki tangga. Tentu saja semua ini harus dilakukan dengan santai kerana perut anda baru saja terisi.

22. Khusus bagi kaum wanita , yang juga perlu diperhatikan adalah tabiat berbelanja dan memasak. Seelok-eloknya, tidak berbelanja semasa perut kosong. Rancanglah perbelanjaan sesuai dengan keperluan. Jika ingin membeli makanan, kunjungilah dahulu gerai buah dan sayuran. Gerai makanan
segera harus anda kunjungi paling akhir sekali jika memang benar-benar memerlukannya.

23. Untuk mengempiskan perut , gerakan punggung yang ringan tetapi lama akan lebih efektif. Latihan dapat dilakukan dengan alat seperti untuk permainan hula hoop. Gerakan ini mungkin boleh disamakan dengan gerakan penari gelek, dangdut atau hula-hula yang memiliki perut lebih kecil dan cantik.

24. Kurangkan pengambilan gula kerana setiap satu sudu gula mengandungi 32 kilokalori.

25. Beberapa aktiviti fizikal yang mudah untuk langsing
i. Jalan cepat. Gunalah kasut yang cukup selesa dipakai agar kaki tidak melecet dan sihat
ii. Gunakan tangga untuk naik ke tingkat atas. Jika terlalu tinggi,naik tangga untuk beberapa tingkat, kemudian sambunglah denagan menaiki lif
iii. Renang adalah latihan menyeluruh. Berenang dengan laju dengan nafas yang dalam
iv. Bersenam atau peregangan, sangat baik bagi otot-otot dan sendi-sendi yang kaku. Melenturkan otot dapat melancarkan peredaran darah
v. Tunggang basikal dan kayuh perlahan-lahan tetapi dalam tempoh yang lama. Ini dapat mencantik dan merampingkan peha.

PETUA UNTUK KURUS DAN LANGSING

Berat yang Berlebihan

Dibawah ini ada beberapa cara untuk menurunkannya.

26. Jika anda mengalami berat badan yang berlebihan, air limau nipis yang anda minum boleh menurunkan berat badan anda.
Caranya: Sediakan dua biji limau nipis atau limau kasturi setiap hari, setelah itu perah airnya ke dalam gelas yang berisi dengan air sejuk, masukkan ke dalam peti sejuk. Setelah itu bolehlah dijadikan air minuman setiap kali selepas anda makan tengahari dan makan malam. Cara ini boleh diikuti dengan senaman ringan. Amalkanlah meminumnya selama sebulan, berat badan anda akan beransur turun.

27. Ambil 3 sudu besar serbuk teh cina dan rendam dalam air. Tapis dan campurkan dengan air perahan limau nipis. Amalkan selalu meminumnya 2 kali sehari iaitu sebelum sarapan dan sebelum tidur.

28. Jika anda mengalami masalah berat badan, air asam jawa baik dijadikan minuman harian. Air asam jawa akan mengurangkan kadar lemak dalam badan anda. Caranya: Ambil sebuku asam jawa, ramas ke dalam air sebanyak segelas. Masukkan ke dalam peti sejuk, anda jadikan minuman, selepas anda makan tengahari atau makan malam. Amalkan setiap hari, anda akan dapati tubuh anda akan bertambah segar dan langsing.

29. Nak Turunkan Berat Badan
Selepas makan amalkan meminum Teh Hijau atau Teh Cina tambah dengan serbuk Kayu Manis dan Madu

30. Badan Langsing Selepas Bersalin
Untuk mengelakkan badan menjadi gemuk selepas bersalin, cuba petua berikut : Ambil 5 halia bara ( Halia Cina ), 10 biji lada hitam, 30 ekor ikan bilis.
Tumbuk kesemua sehingga lumat. Perahkan air Limau Nipis. Dan makanlah bersama nasi panas waktu pagi dan malam, setiap hari sewaktu dalam pantang.

31. Mengurangkan buncit
Bagi lelaki yang mengalami masalah perut buncit, anda boleh mencuba petua ini.iaitu ambil sedikit kapur makan dan sebiji limau purut yang telah di perah jusnya.kapur dan limau tadi dicampur dan digaul hingga sebati. Amalkan sapu disekeliling perut sebelum masuk tidur biarkan kering sehingga pagi.

32. Mengempiskan Perut
Petua yang mudah dan kos yang murah. Anda perlu mengambil limau nipis yang telah dicampur dengan teh tanpa gula untuk tiap-tiap hari kemudian diminum. Amalkan meminum air ini dan insyaallah perut anda yang buncit akan menjadi kempis. Petua ini untuk orang yang tiada mengidap sebarang penyakit. Selamat mencuba

33. Kempiskan Perut Anda
Nak kempiskan perut senang aje, ambil air limau nipis dan campur dengan kapur sirih. Lumurkan atau sapu dekat perut, amalkan setiap malam. Insyaallah perut anda akan lebih menarik.

Sumber: http://www.rahsiaperkahwinan.com/2008/09/33-petua-dan-tip-kuruskan-badan-tanpa.html

Petua-petua bagaimana nak Jimat minyak

1. Isi minyak sebelah malam,
apabila cuaca sudah sejuk. Dikatakan isi minyak pada waktu malam, kurang gas dalam petrol atau diesel. Kandungan gas dikatakan banyak pada waktu siang yang panas, di mana setiap liter yang di isi pengguna akan rugi sebab haba petrol bercampur lebihan gas dalam kandungannya. Benar atau tidak berdasarkan pengalaman sendiri. Memang benar. Ada perbezaannya. Penggunaan petrol lebih lama bertahan jika di isi pada waktu malam.

2. Isikan minyak sehingga tangki penuh.
Minyak atau petrol cepat habis jika ruang tangki banyak yang kosong. Benarnya tips ini memang ada. Minyak atau petrol akan meruap. Semakin besar ruang semakin banyak minyak atau petrol meruap. Petrol yang meruap tidak dapat dibakar oleh enjin. Dicadangkan juga penuhkan semula tangki apabila tangki separuh kosong. Jangan tunggu sehingga meter pada tanda "E" baru diisi. Semakin banyak ruang kosong semakin banyak petrol meruap, maka lebih cepat habis.

3. Bawa kereta dalam kelajuan yang tetap.
Tidak terlalu laju dan tidak terlalu perlahan. 70 ? 90 km sejam adalah bersesuaian. Pastikan anda mematuhi had laju dan pandu pada lorong yang sesuai. Semakin laju kereta, semakin minyak digunakan. Pandu secara perlahan pula menyebabkan beban pada kereta. Ini menyebabkan enjin tertekan dan menyebabkan banyak minyak digunakan. Biasanya dalam 100km sejam pun masih menjimatkan jika memandu di lebuhraya. Ini pengalaman saya sendiri semasa ke KL.

4. Patuhi jadual penyelenggaraan kereta atau kenderaan anda.
Enjin yang diselenggara akan berfungsi dengan baik dan lebih berkesan. Pada jangka masa yang tetap, gunakan bahan rawatan petrol. Ini bertujuan untuk cucian pada injap minyak agar tidak tersumbat. Pastikan penapis petrol diperiksa atau ditukarkan apabila perlu.

5. Angin tayar perlu sentiasa pada tahap tekanan yang disyorkan pada model kereta dan jenis tayar yang digunakan. Seminggu sekali periksa tekanan tayar. Penjagaan tayar yang baik memastikan cengkaman tayar yang sesuai dan pada jumlah jarak yang jauh nyata menjimatkan minyak.

6. Kereta sesuai untuk perjalanan yang jauh. Jika tempat yang dituju boleh berjalan kaki atau berbasikal, adalah baik melakukannya. Banyak minyak boleh dijimatkan tetapi keselamatan penting jika jalan dilalui gelap, sunyi dan diragui keselamatannya adalah lebih baik bawa kereta.

7. Jika boleh kurangkan penggunaan penghawa dingin. Perjalanan pagi atau malam yang sejuk tidak perlu penghawa dingin. Buka tingkap sedikit dan biarkan angin luar masuk. Awas jangan buka tingkap terlalu luas sehingga tangan dari luar boleh mencapain ke dalam dengan mudah.

8. Kurangkan beban kereta. Barang-barang yang tidak perlu dalam kereta perlu dikeluarkan. Semakin banyak beban semakin banyak tenaga dan minyak digunakan.

9. Pemanasan enjin selama 30 saat. Panaskan enjin selama 30 saat sahaja. Enjin kereta panas lebih berkesan semasa kereta bergerak. Memanaskan enjin lebih 30 saat bukan sahaja membazir minyak tetapi boleh merosakkan enjin kerana pelinciran enjin lebih berkesan ketika kereta bergerak (maklumat dari PERSATUAN PENGGUNA P.PINANG, CAP)

10. Elakkan menunggu .
Sekiranya anda terpaksa menunggu seseorang di dalam kereta, matikan enjin. Lebih murah untuk menghidupkan semula enjin daripada menunggu 1 minit di dalam kenderaan dengan enjin yang masih hidup.

11. Elakkan menggunakan gear rendah. Cuba kekalkan halaju kereta lebih daripada 35 km/jam. Langkah gear dari gear 1 terus ke gear 3 atau 4 ketika kereta menuruni bukit atau melalui jalan rata. Tukar gear secepat mungkin ketika menaiki bukit. Apabila memandu secara automatik, tingkatkan halaju anda dengan segera. Jangan andaikan bahawa anda perlu memandu di lebuhraya sahaja untuk menggunakan gear 5. Seboleh-bolehnya pandu dengan gear 5 di mana sahaja walaupun berada di dalam jalan yang kecil.

Semoga bermanfaat untuk anda.

Sunday, 9 November 2014

Apakah dan Bagaimanakah Elak Keracunan Makanan

Apa itu keracunan makanan? Keracunan makanan ialah apa juga penyakit yang disebabkan oleh pengambilan makanan atau minuman yang tercemar. 

Apa yang menyebabkan keracunan makanan? Punca keracunan makanan adalah:

-Bakteria atau racun (toksin) bakteria berkenaan dan virus.

-Bahan kimia seperti racun serangga dan racun rumpai.

-Logam berat seperti tembaga, raksa dan plumbum.

-Tumbuhan dan hasil laut yang beracun seperti kulat, cendawan dan hasil laut bercengkerang seperti kekerang.


Apakah tanda dan gejala keracunan makanan? Tanda dan gejala keracunan makanan bergantung kepada:

-Agen penyebab keracunan itu.

-Jumlah (dos) bakteria, virus atau toksin.

-Umur seseorang.

-Sistem ketahanan badan (imuniti) seseorang.

Pesakit mungkin akan mengalami :

-Loya

-Cirit-birit

- Muntah-muntah

-Sakit perut

-Berpeluh/demam

-Sakit kepala

- Keletihan

Apakah kesan (komplikasi) daripada keracunan makanan? 

Keracunan makanan boleh mengakibatkan kecacatan seperti lumpuh atau sakit sendi yang berpanjangan (kronik). Ia juga boleh mengakibatkan kematian jika tidak mendapat rawatan awal.


Apakah yang menyebabkan terjadinya keracunan makanan?

-Makanan ditinggalkan pada suhu bilik untuk tempoh yang lama (lebih daripada empat jam).

-Makanan tidak dimasak dengan sempurna.

-Makanan tidak disimpan dengan baik (makanan mentah disimpan bersama makanan yang telah dimasak).

-Makanan tidak dipanaskan dengan sempurna.

-Daging dan ayam beku tidak dinyahbekukan dengan sempurna sebelum dimasak.

-Amalan pengendalian makanan yang tidak bersih.

-Makanan disediakan oleh orang sakit atau pembawa penyakit bawaan makanan.


Bagaimana untuk mengelakkan keracunan makanan? Cara mengelak keracunan makanan :

-Sentiasa menjaga kebersihan.

-Basuh tangan dengan betul sebelum mengendalikan makanan.

-Basuh tangan selepas keluar dari tandas.

-Basuh dengan bersih permukaan dan peralatan yang digunakan untuk menyediakan makanan.

-Pastikan kawasan dapur bebas daripada serangga , makhluk perosak dan haiwan lain.

-Sentiasa pisahkan makanan mentah daripada yang telah dimasak.

-Asingkan daging, ayam dan makanan laut mentah dengan yang telah dimasak.

-Gunakan perkakas seperti pisau dan papan pemotong yang berbeza untuk penyediaan makanan yang belum dimasak.

-Simpan makanan yang telah dimasak dan yang mentah di dalam bekas yang berbeza untuk mengelakkan pencemaran silang.

-Sentiasa masak dengan sempurna terutama daging, ayam, telur dan makanan laut.

-Sentiasa simpan makanan pada suhu yang betul.

-Jangan tinggalkan makanan pada suhu bilik lebih empat jam.

-Simpan semua makanan yang telah dimasak dan yang mudah basi di dalam peti sejuk/peti sejuk beku.

-Sentiasa gunakan air dan bahan mentah yang bersih.

-Minum hanya air yang telah dimasak atau air minuman dibotolkan/berbungkus.

-Pilih makanan yang segar dan berkhasiat.

-Basuh buah-buahan dan sayur-sayuran dengan sempurna jika dimakan mentah (ulam, salad).

-Jangan makan makanan yang sudah melepasi tarikh luput.

-Sentiasa pilih kedai makan yang bersih jika makan di luar.

-Hindari gerai/kedai makan kotor.


Apa yang perlu dilakukan jika mengalami keracunan makanan?

-Segera ke klinik atau hospital untuk mendapatkan rawatan.

-Ikut nasihat doktor.

-Simpan makanan yang disyaki untuk siasatan oleh pegawai berkuasa.

-Pastikan tiada orang lain makan makanan itu

- Maklumkan dengan segera Pejabat Kesihatan Daerah terdekat.

(Sumber Kementerian Kesihatan Malaysia)

Tuesday, 21 October 2014

7 Amanat Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary Kepada Para Usahawan Muslim





Billionaire Melayu Islam yang sangat merendah diri. [The Star]

Malam itu kami semua bertuah kerana itu merupakan kali pertama di dalam sejarah beliau menyampaikan ucapan seperti itu!

Pada malam itu, beliau berkongsi mengenai pengalaman berniaga beliau secara ringkas yang dirumuskan melalui cerita lori dan beras. Ucapan beliau hanya berkisar mengenai dua perkara tersebut sahaja tetapi mempunyai pengajaran yang sungguh berguna untuk kami semua sebagai usahawan muda.

Setelah mendengar ucapan beliau, saya rasa sungguh malu dengan diri sendiri. Saya sungguh tidak sangka masih ada individu kaya raya yang cukup merendah diri seperti beliau.

Sepanjang ucapan beliau tidak henti-henti bersyukur kepada Tuhan dan mengatakan beliau tiada apa yang boleh dibanggakan, hanyalah insan biasa seperti orang lain.

Baiklah saya kongsikan sedikit mutiara yang saya dapat kutip daripada ucapan ringkas beliau mengenai ‘lori’ dan ‘beras’ mengikut pemahaman saya agar dapat memberi manafaat kepada semua.


#1 – Fokus Sebelum Pelbagaikan Perniagaan
Beliau nasihatkan agar para usahawan fokus kepada satu perniagaan terlebih dahulu sehingga stabil dan menguntungkan sebelum mempelbagaikan perniagaan. Beliau mempelbagaikan perniagaan setelah perniagaan pertama beliau telah stabil dan menguntungkan.

Perniagaan pertama perlu kukuh sebelum anda mempelbagaikan perniagaan supaya jika perniagaan yang baru kita ceburi tidak maju, maka kita boleh kembali kepada perniagaan pertama yang kita usahakan.

“Saya sendiri kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya sekarang, saya akan balik buat perniagaan yang mula-mula saya usahakan dulu. Perniagaan pertama saya masih beroperasi, lori dan kedai masih ada lagi di Kedah” tambah beliau dengan nada cukup rendah diri.

#2 – Kejayaan Perlukan Masa
Beliau juga nasihatkan agar usahawan muda jangan cepat nak berjaya. Setiap usaha sememangnya perlu melalui fasa kesusahan, cabaran dan sebagainya.

Beliau mengambil contoh diri beliau sendiri yang bermula dari bawah dengan membantu ayahnya menjual lembu dan kerbau di kampung sebelum mencapai tahap sekarang.

Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang.

Biasanya apabila memperolehi kejayaan yang singkat, mudah jugalah untuk perniagaan yang kita usahakan itu jatuh. “Kalau kita melalui jalan yang susah, barulah kita akan menghargai dan menemui jalan senang” jelas beliau ringkas.


#3 – Jangan Putus Asa

Ini adalah frasa yang kerap keluar dari mulut beliau. Beliau menjelaskan setiap perniagaan sama ada kecil ataupun besar akan mempunyai masalah, cabaran dan karenah yang tersendiri. Oleh itu, para usahawan tidak boleh mudah berputus asa dan tunduk dengan masalah.

“Saya ni tiada apa-apa, tiada apa yang istimewa tentang diri saya. Tetapi apa yang membezakan saya ialah bagaimana saya menghadapi setiap cabaran dan masalah di dalam perniagaan” jelas beliau sekali lagi dengan nada rendah diri.

Beliau ada berkongsi susah payah mengenai perniagaan pertama yang beliau usahakan bersama rakan kongsi bukan bumiputera.

Bagaimana rakan kongsi tersebut menekan beliau sehingga terpaksa menggadaikan dua lot tanah milik keluarga untuk dijadikan modal tambahan bagi mengekalkan penguasaan share majoriti di dalam syarikat Bukhary Rice Sdn. Bhd.

“Kalau apa-apa terjadi terhadap perniagaan saya masa tu, maka kami sekeluarga boleh kehilangan tempat tinggal” jelas beliau.

#4 – Jangan Sekadar Mengharap Dibantu

Beliau sering mengingatkan bahawa beliau hanyalah orang biasa yang diberi peluang oleh kerajaan. Apabila diberi peluang, beliau akan berusaha bersungguh-sungguh terhadap peluang tersebut.

Oleh itu, beliau berpesan kepada semua usahawan agar bukan sekadar berharap untuk dibantu tetapi bersedia dari segi fizikal dan mental untuk dibantu.

Ramai orang Melayu apabila kerajaan anugerahkan projek, mereka lebih cenderung untuk berikan projek tersebut kepada syarikat lain untuk usahakan kerana mengejar keuntungan jangka masa pendek. Majoriti syarikat Melayu akan memberikan projek kepada syarikat bukan bumiputera untuk mengusahakannya sebagai sub-company.

“Saya diberikan 3 permit lori untuk membawa beras dan saya apply loan MARA untuk membeli lori. MARA berikan saya cukup-cukup RM110,000 untuk belikan sebuah lori. Ada usahawan Cina datang nak beli atau sewa dua lagi permit saya, tetapi saya tak bagi. Tak mengapa biar saya usaha sendiri untuk beli lori tambahan bila dah untung nanti” kata beliau.

#5 – Yakin Dengan Diri Sendiri

Beliau juga mengharapkan agar para usahawan yakin dengan diri sendiri dan apa yang sedang diusahakan. Ramai usahawan bumiputera tidak boleh berjaya bukan kerana idea mereka tidak bagus, tetapi kerana tidak yakin dengan diri mereka.

“Allah kata kalau nak kenal Dia maka kena kenal diri sendiri dulu. Yakin dengan diri sendiri adalah salah satu tanda orang itu kenal dirinya sendiri. Insyallah bila yakin Allah akan permudahkan urusan kita” jelas beliau.

#6 – Berniaga Bukan Untuk Diri Sendiri

Beliau terkenal sebagai seorang usahawan yang banyak memberi kembali kepada masyarakat. Malah beliau mempunyai lebih kurang 260,000 pekerja yang berkait secara langsung ataupun tidak dengan semua syarikat milik beliau. 80% diperuntukkan untuk golongan bumiputera.

Apa yang lebih menarik, beliau tidak menjual perniagaan beliau kerana memikirkan nasib golongan yang bergantung kepada syarikat beliau untuk mendapatkan sumber rezeki.

“Kedai dan lori-lori untuk perniagaan pertama saya masih lagi ada di Kedah. Perniagaan itu masih berjalan seperti biasa. Setiap lori akan ada tiga orang pemandu, jika saya jual satu lori maka secara tidak langsung tiga keluarga Islam Melayu telah hilang sumber pendapatan” jelas beliau.

#7 – Usahawan Islam Ada Akhirat

Beliau juga berpesan bahawa setiap usahawan Islam tidak sama dengan usahawan bukan Islam. Usahawan Islam berniaga untuk mendapat manafaat di dunia akhirat tetapi usahawan bukan Islam berniaga untuk dunia sahaja.

“Jadi jangan risau kalau kita tengok kenapa bangsa lain yang bukan Islam lebih berjaya di dalam perniagaan kerana Allah dah janjikan dunia buat mereka. Kita sebagai usahawan Islam kalau berjaya syukur dan kalau tak berjaya pun kita syukur. Paling penting kita terus berusaha” jelas beliau mengingatkan semua hadirin.
Rumusan

Itulah sedikit sebanyak mutiara kata yang sempat saya catat untuk dikongsikan dengan semua pembaca blog ini. Pada pendapat saya, beliau selayaknya dijadikan sebagai ikon usahawan Islam Melayu bumiputera yang paling berjaya.

Walaupun ada segelintir pihak melontarkan pelbagai andaian sinis terhadap kekayaan beliau, tetapi setelah mendengar sendiri ucapan beliau saya rasa beliau bukan seperti yang mereka gambarkan.

Tan Sri Syed Mokhtar Al-Bukhary tidak suka kepada publisiti. Majlis makan malam ini pun beliau tidak mahu ada pihak media. Saya dapat jangkakan beliau pun tidak suka artikel yang saya hasilkan sebegini kerana terlalu memuji beliau.

Jadi banyak kebaikkan dan kebajikkan yang beliau lakukan kepada masyarakat tidak dihighlight oleh media massa seperti Yayasan Al-Bukhary, Universiti al-Bukhary dan sebagainya. Semoga bermanafaat buat semua!


Keratan akhbar Utusan Malaysia. [Utusan]

Fakta Ringkas Lain Mengenai Beliau

1. Beliau seorang yang tidak suka publisiti dan amat sukar untuk diakses oleh media. Ini kali pertama beliau berkongsi pengalaman beliau dikhalayak ramai.

2. Beliau sentiasa melawat ibu bapa beliau di Kedah, ketika ucapan pun beliau maklumkan baru sahaja pulang dari melawat ibu beliau.

3. Jika kita membaca buku Biografi mengenai beliau, setiap keputusan bisnes beliau akan melibatkan kedua ibupanya untuk mendapat restu.

4. Beliau hanya menaiki kereta Proton Perdana nombor plat 9.

5. Ayah beliau juga bercakap dalam loghat kelantan sehingga akhir hayatnya kerana masuk ke Malaysia melalui Selatan Thailand & Kelantan.

6. Apabila berborak sepanjang tempoh makan malam, beliau sentiasa mencatat sesuatu yang penting di dalam buku nota kecil.

7. Walaupun sukar di akses oleh mana-mana pihak, tetapi beliau seorang yang sangat mesra dan merendah diri apabila bersua muka.

8. Beliau mempunyai anak belajar di Universiti Teknologi Petronas, ketika anak orang kaya lain memandu kereta sport, anak beliau memandu kereta Proton Saga sahaja.

Sumber: http://tazkirah.net/

Saturday, 18 October 2014

Rahsia khasiat surah-surah Al-Quran

1. BISMILLAH (Dengan Nama Allah) Barangsiapa membaca sebanyak 21 kali ketika hendak tidur, nescaya terpelihara dari godaan dan gangguan syaitan, dari bencana manusia dan jin, daripada kecurian dan kebakaran, dan daripada kematian terkejut. Dan barang siapa membaca sebanyak 50 kali diahadapan orang yang zalim, hinalah dan masuk ketakutan dalam hati si zalim serta naiklah keberanian dan kehebatan kepada pembaca.

2. SURAH AL-FATIHAH (Pembukaan) Barangsiapa membacanya sebanyak 41 kali diantara sembahyang sunatnya, nescaya permintaannya di perkenankan, jika sakit lekas sembuh dan nescaya dikasihi oleh makhluk dan ditakuti oleh musuh. Barang siapa membaca 20 kali sesudah tiap-tiap sembahyang fardhu, nescaya rezkinya dilapangkan oleh Tuhan dan bertambah baik keadaannya, serta bercahaya rohaninya.

3. AYAT AL-KURSI (Kekuasaan Allah) Barangsiapa membacanya sekali selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya terpelihara dari tipudaya dan ganguan syaitan. Dengan membacanya, seorang yang miskin akan menjadi kaya, dan jika dibaca ketika hendak tidur nescaya akan terselamat dari kecurian, kebakaran dan kekaraman. Barangsiapa sentiasa membaca ayat Al-Kursi, nescaya Allah akan kurniakan kepada ahli rumahnya kebaikkan yang tidak terhitung banyaknya. Barangsiapa berwudhuk lalu membaca sekali, nescaya Allah Akan meninggikan darjatnya setinggi 40 darjat dan Allah akan mendatangkan para malaikat menurut bilangan hurufnya, seraya berdoa untuk sipembaca sehinggalah ke hari Qiamat. Dan tersebut dalam hadith yang lain : Barangsiapa membacanya ketika hendak tidur, nescaya Allah akan membuka pintu rahmat baginya hingga kesubuh, dan mengurniakan kota nur menurut bilangan rambut dibadannya. Jika sipembacanya meninggal dunia pada malam itu, ia dikira mati syahid. Hadith yang lain mengatakan: Barangsiapa membacanya selepas setiap sembahyang fardhu, nescaya akan terpelihara dari kekerasan malakul-maut, dan Allah sendiri yang mencabut rohnya, dan dia akan dibangkitkan bersama para Mujahid yang berjihad beserta para Anbiya hingga ia gugur mati Syahid. Imam Jaafar Shadiq r. a. mengatakan: Barangsiapa membaca sekali, nescaya Allah akan menghindar darinya 1,000 kesukaran duniawi, yang terkecil sekali ialah kemiskinan dan kepapaan, dan 1,000 kesukaran ukhrawi, yang terkecil sekali ialah azab neraka.

4. SURAH AL-BAQARAH (Sapi Betina) Barangsiapa membaca dua ayat terakhir dari surah ini (Amanarrasulu) sebelum tidur, ia akan terselamat dari segala bala bencana dan mara bahaya.

5. SURAH ALI-IMRAN (Keluarga Imran) Barangsiapa membaca tiga ayat yang pertama dari surah ini, Nescaya ia akan mencapai kesihatan dari segala penyakit dan terselamat dari gangguan jin.

6. SURAH AN-NISSA’ (Perempuan) Barangsiapa yang membaca ayat yang ke 75 dari surah ini, nescaya ia akan terselamat dari kejahatan para penjahat.

7. SURAH AL-MAIDAH (Hidangan) Barang siapa membaca ayat yang ke 7 dari surah ini, sebanyak yang mungkin selama 3 hari berturut -turut, insya Allah akan terselamat dari was-was semasa wudhu dan sembahyang. Barang siapa membaca ayat
89 hingga ayat 101dari surah ini, keatas air lalu diberi minum kepada orang yang bercakap dusta, nescaya ia tidak akan bercakap dusta lagi.

8. SURAH AL-AN’AM (Binatang Ternak) Barang siapa membacanya sebanyak 7 kali, nescaya akan terhindar dari segala bala bencana. Jika ayat 63 dan 64 dari surah ini, dibaca oleh penumpang kapal, ia akan terselamat dari karam dan tenggelam.

9. SURAH AL-A’RAAF (Benteng Tinggi) Barang kali membaca ayat 23 dari surah ini, selepas tiap-tiap sembahyang fardhu, lalu beristighfar kepada Allah, nescaya akan terampun segala dosanya. Barang siapa membaca ayat 47 dari surah ini, ia akan terpelihara dari kekacauan para penzalim serta ia akan mendapat rahmat Allah.

10. SURAH AL- ANFAL (Rampasan) Barang siapa membaca ayat 62 dan 63 dari surah ini, nescaya dia akan di cintai dan dihormati oleh sekalian manusia.

11. SURAH AL-BARAAH (AT-TAUBAH) (Pemutus perhubungan) Barangsiapa membacanya, nescaya akan terselamat dari kemunafiqan dan akan mencapai hakikat iman. Barang siapa membaca ayat 111 dari surah ini, dikedai atau ditempat-tempat perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu.

12. SURAH YUNUS (Yunus) Barangsiapa membaca ayat 31dari surah ini, ke atas Perempuan yang hamil, nescaya ia melahirkan anak dalam kandungannya itu dengan selamat. Barangsiapa membaca ayat 64 dari surah ini, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk dan mengigau.

13. SURAH AL-HUD (Hud) Barang siapa membaca, nescaya ia akan mendapat kekuatan dan Kehebatan serta ketenangan dan ketenteraman jiwa. Barang siapa membaca ayat 56 dari surah ini, pada setiap masa, nescaya ia akan terselamat dari gangguan manusia yang jahat dan binatang yang liar. Barang siapa membaca ayat112 dari surah ini, sebanyak 11 Kali selepas tiap-tiap sembahyang, nescaya akan mencapai ketetapan hati.

14. SURAH YUSUF (Yusuf) Barang siapa membacanya, akan di murahkan rezekinya dan diberikan kemuliaan kepadanya. Barang siapa membaca ayat 64 dari surah ini, ia akan terhindar dari kepahitan dan kesukaran hidup. Barang siapa membac ayat 68 dari surah ini, nescaya Allah akan mengurniakan kesalehan kepada anak-anaknya.

15. SURAH AR-RA’D (Petir) Barang siapa membaca ayat 13 dari surah ini, ia akan terselamat dari petir. Dan barangsiapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya Penyakit jantungnya akan sembuh.

16. SURAH IBRAHIM (Ibrahim) Barang siapa membaca ayat-ayat 32 hingga 34 dari surah ini, nescaya anak-anaknya akan terhindar dari perbuatan-perbuatan syirik dan bida’ah.

17. SURAH AL-IIIJ’R (Batu Gunung) Barang siapa membaca 3 ayat yang terakhir dari surah ini, ke atas perempuan yang selalu anak kandungannya gugur, nescaya anak kandungannya itu akan terselamat, dari gugurnya.

18. SURAH BANI ISRAIL (anak-anak Israil) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang bercakap gagap insya Allah akan hilang gagapnya itu. Barang siapa membaca ayat 80 dari surah ini, ketika ia pulang dari perjalanan, nescaya dia akan dimuliakan dan dihormati oleh orang- orang yang setempat dengannya.

19. SURAH AL-KAHF (Gua) Barang siapa membacanya, akan terhindar dari kemiskinan dan kepapaan. Barang siapa membacanya pada malam Jumaat, nescaya dia akan mendapat rezeki yang murah.

20. SURAH MARYAM (Maryam) Barang siapa membacanya, nescaya akan mendapat kejayaan di dunia dan di akhirat.

21. SURAH THAAHAA (Hai Manusia) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan mengurniakan kepadanya ilmu pengetahuan dan akan tercapai segala maksudnya. Barang siapa membaca ayat-ayat 25 hingga 28 sebanyak 21 kali, tiap- tiap hari selepas sembahyang subuh nescaya otaknya akan cerdas dan akalnya akan sempurna.

22. SURAH AL ANBIYA (Nabi-Nabi) Barang siapa membaca ayat 83 dari surah ini, nescaya dia akan mendapat sebesar-besar pangkat di sisi Allah s. w. t .

23. SURAH AL-HAJ (Haji) Barang siapa membacanya, Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

24. SURAH AL-MU’MINUN (Orang-orang Mukmin) Barang siapa membacanya ke atas air, lalu diberi minum kepada orang yang selalu minum minuman keras, nescaya dia tidak akan meminumnya lagi. Barang siapa membaca ayat 28 dari surah ini, nescaya perahunya akan terselamat daripada karam dan rumahnya akan terselamat dari kecurian dan serangan musuh.

25. SURAH AN-NUUR (Cahaya) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari mimpi-mimpi yang buruk. Barang siapa membaca ayat 35 dari surah ini, pada hari Jumaat sebelum sembahyang Asar, nescaya dia akan disegani oleh orang ramai.

26. SURAH AL-FURQAN (Pembaca) Barang siapa membacanya sebanyak 3 kali ke atas air yang bersih, lalu air itu dipercikkan di dalam rumah, nescaya rumah itu akan terselamat dari gangguan binatang-binatang yang liar dan ular-ular yang bisa.

27. SURAH ASY-SYU A’RA (Ahli-ahli Syair) Barang siapa membaca ayat 130 dari surah ini, sebanyak 7 kali dengan senafas ke atas orang-orang yang digigit oleh binatang-binatang yang berbisa nescaya akan hilang bisa-bisa itu.

28. SURAH AN-NAML (Semut) Barang siapa membacanya nescaya nikmat-nikmat Allah akan kekal kepadanya.

29. SURAH AL-QA-SHASH (Cerita) Barang siapa membacanya ke atas pekerja-pekerjanya, nescaya Mereka tidak akan mencuri dan mengkhianat. Barang siapa membaca ayat-ayat 51 hingga 55 dari surah ini, Nescaya otaknya akan cergas, akalnya akan sempurna dan budi pekertinya akan halus.

30. SURAH AL-ANKABUT (Labah-labah) Barang siapa membacanya, nescaya demamnya akan sembuh. Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari gelisah dan keluh kesah.

31. SURAH AR-RUM (Rum) Barang siapa membacanya, nescaya Allah akan membinasakan orang yang hendak menzaliminya.

32. SURAH LUQMAN (Luqman) Barang siapa membacanya, nescaya ia akan terhindar dari segala-gala penyakit terutama dari penyakit-penyakit perut. Barang siapa membaca ayat 31 dari surah ini, nescaya akan terselamat dari bencana banjir.

33. SURAH AS-SAJ DAH (Sujud) Barang siapa membaca ayat-ayat 7 hingga 9 dari surah ini, ke atas kanak-kanak yang baru lahir, nescaya ia akan terhindar dari segala- gala penyakit ruhani dan jasmani.

34. SURAH AL-AHZAB (Golongan-golongan) Barang siapa membaca ayat-ayat 45 hingga 48 dari surah ini, nescaya ia akan mendapat kemuliaan dan kehormatan sejati. Dan barang siapa membaca ayat-ayat 60 hingga 66 dari surah ini, nescaya Allah akan membinasakan musuh-musuhnya.

35. SURAH SABA’ (Saba’) Dengan membacanya, terselamatlah ia dari segala-gala bala bencana, terutamanya dari rosaknya tanam-tanaman.

36. SURAH FAATHIR (Pencipta) Barang siapa membaca ayat-ayat 29 dan 30, nescaya Allah Akan memberkati perniagaannya.

37. SURAH YAASIIN (Hai Manusia) Nabi kita Muhammad s. a. w bersabda : “Tiap-tiap sesuatu Mempunyai hati dan hati Al-Quran ialah surah Yaasiin.” Yaasiin kerana Allah, nescaya akan terampun segala-gala dosanya kecuali dosa syirik..” Dalam satu hadith yang lain Baginda s. a. w bersabda: “Hendaklah kamu membaca surah Yaasiin ke atas pesakit-pesakitmu yang menghadapi sakaratul- maut, nescaya Allah s. w. t akan meringankan kekerasan sakaratul-maut itu.”Dalam satu hadith yang lain pula Baginda s. a. w bersabda: “Aku ingin benar, agar surah Yaasiin ini dihafaz oleh tiap-tiap umatku.” Barang siapa membacanya sebanyak 41 kali, pasti akan tercapai segala hajat dan cita-citanya. Barang siapa membacanya sebanyak 21 kali pada malam Jumaat, Lalu berdoa istghfar untuk kedua ibu bapanya, nescaya dosa kedua ibu bapanya akan diampunkan oleh Tuhan. Barang siapa membaca sekali ketika membuka kedai atau perniagaan, nescaya akan maju perniagaannya itu. Barang siapa membacanya sekali pada awal malam, andaikata ia mati pada malam itu, mesti ia mati syahid. Barang siapa membacanya sekali selepas tiap-tiap sembahyang Jumaat, nescaya ia akan diselamatkan dari siksa kubur. Jika dibacanya oleh seorang askar, ketika ia hendak turun kemedan peperangan, Allah akan mengurniakan kepadanya keberanian dan kegagahan, serta naiklah ketakutan pada musuh-musuhnya. Hikmat-hikmat dan khasiat-khasiat surah Yaasiin ini banyak benar didapati di dalam kitab-kitab hadith tetapi cukuplah setakat ini untuk diamal oleh anda sekalian.

38. SURAH ASH-SHAAFFAAT (Yang Berbaris) Barang siapa membacanya, insya Allah ia akan terpelihara daripada gangguan jin.

39. SURAH SHAAD (Shaad) Dengan membaca ayat 42 dari surah ini, nescaya akan mendapat kebahagian sejati.

Sumber: jalanakhirat.wordpress.com



Perbincangan Perniagaan Bakeri Bersama Mek Siti

Semalam hari Sabtu 18 Oktober 2014 di Seberang Jaya Pulau Pinang satu sessi perbincangan bersama rakan-rakan bakeri bertujuan berkongsi idea. Perbincangan ini dikelolakan oleh Siti Hajar (Mek Siti) dan banyak pandangan diberikan oleh beliau. Mek Siti adalah jenama perniagaan yang dijalankan oleh Siti Hajar bersama suami di bawah syarikat Mek Siti Industries (M) Sdn Bhd. Ia merupakan sebuah syarikat bumiputera melayu islam di Bachok Kelantan. Syarikat beliau membekalkan bahan mentah untuk perniagaan bakeri. Taniah Mek Siti !

Di antara idea2 yang kami bincangkan, saya ringkaskan,

1. Jenama produk - kepentingan produk perniagaan

2. Daftar syarikat - penting bagi usahawan baru

3. Kandungan nutrisi produk

4. Pemasaran offline dan online – bergantung kepada jenis produk dan tujuan pemasaran

5. Senarai pelanggan – rekod nama dan no phone

6. Penjualan produk


Hasil perbincangan amat bermakna bagi kami yang masih baru lagi dalam perniagaan ini. Diharap sessi seperti ini dapat diteruskan lagi di masa akan datang.
Terima kasih kepada Siti Hajar dan rakan-rakan yang hadir.

Friday, 10 October 2014

Tip Khusyuk Dalam Solat

Sebelum membaca apa-apa bacaan di setiap gerakan solat, pastikan kita benar-benar rasa jelas lagi nyata bertemu dengan Allah SWT. Kemudian barulah membaca bacaan solat dengan penuh rendah hati dan terus menjaga kesedaran yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT. Sederhana kan?
“khusyuk itu adalah keyakinan bertemu dengan Allah SWT dan yakin kembali kepadaNya”.

Kita berjaya kembali kepada Allah SWT apabila kita SEDAR akan pertemuan kita dengan Allah SWT yang sedang berlangsung itu.

CTH: sebelum membaca Takbiratul ikram, pastikan kita benar-benar sedar yang kita sedang bertemu dengan Allah SWT hingga BENAR-BENAR terasa pertemuan itu. Kemudian barulah membaca bacaan solat.

Untuk menguatkan kesedaran ini fahamilah (bukan hafal) makna bacaan solat agar faham apa yang diperkatakan atau disampaikan kepada Allah SWT.
Analogi: Ketika kita mengucapkan thank you, kita tidak menghafal thank you = terima kasih. Tetapi kita memahami terus dlm hati bahawa thank you itu adalah ucapan terima kasih tanpa memikirkan maknanya.

Lakukan terus ketika rukuk, sujud dan seterusnya.
Pertemuan ini mesti dalam keadaan sedar penuh dan TIDAK membayangkan Allah kerana apa yang dibayangkan pasti bukan Allah SWT.

PRAKTIKKAN….insha Allah pasti ada perbezaan solat kita dengan solat yang lepas.
note: jika manafaat, sebarkan kepada kawan-kawan saudara agar semua mampu merasai nikmat solat iaitu nikmat bertemu dengan Allah SWT.

(Sumber http://www.fuadlatip.com)

RAHSIA KHUSYUK DALAM SEMBAHYANG

Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?"
Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."
Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?"
Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. 

Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. bertaubat
2. menyesali dosa yang dilakukan
3. tidak tergila-gilakan dunia
4. tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')
5. tinggalkan sifat berbangga
6. tinggalkan sifat khianat dan menipu
7. meninggalkan sifat dengki


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan Allah ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahwa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahwa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik. 

Saturday, 24 May 2014

Sikap Ibu Bapa Dan Kesan Kepada Peribadi Anak



10 CARA BAHAGIAKAN IBU BAPA

Mampukah kita…..

Setiap anak wajib berbakti dan mentaati ibu bapa bertujuan membahagiakan kehidupan mereka melalui hari tua. Ajaran Islam meletakkan ibu bapa pada kedudukan yang mulia. Banyak bakti yang boleh dilakukan kepada ibu bapa. Bakti itu dalam bentuk metarial dan hubungan kasih sayang. Ini bersesuaian dengan fizikal ibu bapa yang semakin uzur dan memerlukan lebih perhatian.



Terdapat sekurang-kurangnya 10 bakti perlu dilakukan setiap anak terhadap ibu bapa.

1. Memberi nafkah. Terdapat ibu bapa yang berdepan dengan masalah kewangan. Mereka tidak dapat lagi melakukan tugas seharian disebabkan faktor usia. Kalaupun berkerja, tetapi tidak mencukupi untuk menampung perbelanjaan keluarga yang semakin meningkat. Justeru menjadi tanggungjawab anak memberi nafkah atau bantuan kewangan kepada ibu bapa. Sumbangan itu tidak seberapa berbanding yang dibelanjakan ibu bapa untuk membesar dan mendidik anak.

 2. Menyediakan tempat tinggal. Dalam kes ibu bapa yang hilang tempat tinggal, atau tidak sesuai untuk didiami, adalah menjadi tanggungjawab anak menyediakan tempat tinggal yang lebih sesuai kepada ibu bapa. Paling baik jika ibu bapa dibawa tinggal bersama agar dapat menjamin keselamatan dan keperluan harian mereka diuruskan dengan baik.

 3. Memberi kasih sayang. Kasih sayang adalah sebagai membalas kasih sayang yang selama ini telah dicurahkan ibu bapa. Kasih sayang ibu dan bapa tidak pernah padam terhadap anaknya. Jadi seharusnya kasih sayang itu dibalas dengan sebaik-baiknya. Anak yang baik tidak melupai jasa dan kasih sayang kedua ibu bapa. Anak soleh sentiasa memohon kepada Allah agar ibu bapa mereka diberkati dan dicucuri rahmat. 

Firman Allah bermaksud: “Wahai Tuhanku! Cucurilah rahmat kepada mereka berdua sebagaimana mereka mencurahkan kasih sayang memelihara dan mendidikku ketika kecil.” (Surah al-Isra, ayat 24).


4. Memberi perhatian. Ibu bapa yang diabaikan akan merasai kesunyian. Mereka terasa disisih dan dan seperti tidak diperdulikan. Hal ini memberi tekanan perasaan dan menyebabkan kemurungan. Keadaan ini jika berterusan memberi kesan kepada kesihatan fizikal dan mental ibu bapa. Penerapan amalan memberi perhatian terhadap ibu bapa perlu disemai, dibajai serta disuburkan dalam kehidupan masyarakat kita. Kes anak yang ‘membuang’ ibu bapa semakin meningkat. Anak memandang jijik terhadap ibu bapa sendiri. Banyak ibu bapa yang disisihkan dan dihantar ke rumah rumah penjagaan orang-orang tua. Sukar diterima akal anak mendakwa tidak mampu menjaga ibu bapa. Sedangkan, ibu bapa mampu menjaga dan membesarkan beberapa orang anak.

 5. Memenuhi permintaan. Ibu bapa seringkali memerlukan bantuan anak untuk melaksanakan sesuatu keperluan. Permintaan itu mungkin dalam bentuk kewangan, tenaga dan masa. Memenuhi permintaan ibu bapa perlu diutamakan berbanding melakukan tugas lain. Sesungguhnya, memenuhi permintaan ibu bapa lebih baik berbanding melakukan ibadat sembahyang sunat, berpuasa sunat, dan seumpamanya. Malah keutamaan berbakti kepada ibu bapa lebih utama berjihad di medan perang. Diriwaytkan daripada Bukhri dan Muslim, Ibnu Umar berkata: “Saya telah bertanya kepada Nabi Muhammad: “Apakah perbuatan disukai oleh Allah?” Lalu baginda bersabda: “Sembahyang pada waktunya.” Kemudian apa?” tanya saya lagi. Baginda menjawab: “Berbakti kepada kedua ibu bapa.” Saya bertanya: “Apa lagi.” Jawab baginda: “Berjihad pada jalan Allah.”

6. Melakukan apa yang disukai. Ibu bapa sudah tentu mengharapkan anaknya melakukan sesuatu yang baik pada pandangan mereka. Melakukan perkara yang tidak sukai ibu bapa bermakna melakukan perbuatan derhaka. Anak derhaka kepada ibu bapa tidak mendapat keberkatan dalam kehidupannya. Sesiapa derhaka kepada ibu bapa disegerakan balasan di dunia dan tidak terlepas di akhirat. Sabda Rasulullah bermaksud: “Dua kejahatan yang disegerakan balasan di dunia ialah zina dan menderhaka kepada dua ibu bapa.” (Hadis riwayat Tirmizi). Dalam hadis lain diriwayatkan al-Hakam bermaksud: “Semua dosa akan ditangguhkan Allah, yakni balasan menurut kehendak-Nya hingga ke hari kiamat, kecuali balasan menderhaka kepada kedua ibu bapa. Maka sesungguhnya Allah menyegerakan balasan kepada pelakunya pada masa hidupnya sebelum mati.”

 7. Bercakap dengan lemah lembut. Satu cara menjaga perasaan ibu bapa ialah bercakap lemah lembut dengan mereka. Suara hendaklah direndahkan dan jangan membantah permintaan mereka. Firman Allah bermaksud: “Tuhanmu telah memerintahkan, supaya kamu tidak menyembah selain Allah, dan hendaklah berbuat santun terhadap kedua orang tua. Jika salah seorang telah lanjut usianya, atau kedua-duanya telah tua, janganlah sekali-kali engkau berani berkata ‘cis’ terhadap mereka dan janganlah engkau suka menggertak mereka. Tetapi berkatalah dengan sopan santun dan lemah lembut.” (Surah al-Israk, ayat 23). Sesungguhnya, anak ditegah membantah kata-kata ibu bapa dengan suara tinggi atau bermaksud merendahkan kedudukan ibu bapa. Lebih baik berdiam diri daripada berkata-kata yang mungkin menyinggung perasaan ibu bapa. Kemudian jika ada kesempatan, gunakan cara yang lembut untuk menjelaskan keadaan sebenar.

8. Menghadiahkan kejayaan. Ibu bapa sentiasa mengharapkan kejayaan anak mereka. Anak hendaklah berusaha bersungguh-sungguh untuk mencapai kejayaan agar dapat dikongsi kegembiraannya bersama-sama dengan ibu bapa. Jadi, jika memperoleh kejayaan dalam pelajaran, mendapat pekerjaan, dinaikkan pangkat dan seumpamanya, seharusnya dimaklumkan kepada ibu bapa. Ibu bapa dibawa bersama-sama dalam majlis untuk meraikan kejayaan itu.



9. Meluangkan masa bersama-sama. Anak yang tinggal berasingan dengan ibu bapa perlu kerap meluangkan masa mengunjungi ibu bapa. Ibu bapa berasa senang menerima kunjungan dan menatap wajah anaknya.

10. Mendoakan kebaikan untuk ibu bapa. Anak perlu sentiasa mendoakan kebaikan untuk ibu bapanya. Amalan mendoakan kebaikan untuk ibu bapa perlu diteruskan biarpun ibu bapa telah meninggal dunia. 



Sabda Rasulullah bermaksud: “Apabila meninggal seseorang itu, maka terputuslah segala amalannya, melainkan tiga perkara iaitu sedekah jariah yang berterusan memberi manfaat, ilmu yang memberi kebaikan diajarkan kepada orang lain dan anak yang soleh yang sentiasa mendoakan kebaikan kepada kedua ibu bapanya.” (Hadis riwayat Muslim). 

Kebaikan dilakukan anak terhadap ibu bapa sebenarnya amat kecil Anak tidak mampu untuk membalas jasa ibu bapa sepenuhnya biarpun dia berbakti sepanjang hayatnya. Gunakan kesempatan yang ada untuk melakukan bakti terhadap ibu bapa sebaik mungkin. Masa untuk anak berbakti kepada ibu bapa sebenarnya semakin suntuk. Lambat laun ibu bapa akan meninggal dunia. Bertindaklah sebelum terlambat, selagi ibu bapa atau salah seorangnya masih hidup.

10 Cara mencegah kanser Payu Dara!!!

Untuk semua………..

1. Kata “Tidak” kepada alkohol
Kajian mendapati wanita yang mengambil minuman berbentuk alkohol mempunyai kadar yang tinggi mendapat kanser. Berdasarkan kajian wanita yang mengambil 2 hingga 5 minuman setiap hari mempunyai 11/2 kali risiko berbanding wanita yang tidak mengambil alkohol. Satu gelas wain setiap hari sebagai contoh mempunyai risiko sebanyak 7 peratus. Risiko ini tidak termasuk faktor risiko yang lain seperti kaum, berat badan, sejarah kanser dalam keluarga, umur mendapat haid atau menapaus bermula. Jumlah kehamilan, faktor penyusuan anak dan penggunaan pil perancang atau hormon (HRT).

2.Berhenti Merokok
Tabiat merokok bukan sahaja dikaitkan dengan kanser paru-paru, malah juga kanser payudara. Wanita yang mula merokok di usia muda mempunyai risiko tinggi mendapat kanser payudara. Merokok juga berkait dengan penyakit jantung. Jika ada seorang yang merokok anda mempunyai alasan yang tepat untuk berhenti merokok.

3.Ambil tindakan bijak dengan melakukan senaman
Terdapat banyak kajian menunjukkan bahawa aktiviti bersenam dapat mengurangkan risiko beberapa jenis kanser termasuk kanser payudara. Namun ini tidak bermakna anda perlu bersenam seperti Madonna (beliau dilaporkan bersenam sehingga 4 jam sehari yang mengakibatkan penceraian belaiu dengan suaminya). Adalah dianggarkan bahawa dengan hanya berjalan sebanyak 1.25 hingga 2.5 jam seminggu sudah cukup untuk mengurangkan risiko kanser payudara di kalangan wanita sebanyak 18 %.

4.Sedari mengenai sejarah kanser payudara dalam keluarga anda
Para saintis telah mengenalpasti baka kanser payudara yang rosak sebagai BRCA1, BRCA2 dan TP53. Ia merupakan punca kanser payudara berlaku di kalangan ahli keluarga. Jika anda pembawa salah satu daripada baka kanser payudara ini risiko anda mendapat kanser payudara seumur hidup anda adalah 85%.

Jika seorang saudara terdekat dalam keluraga anda mendapat kanser payudara, adalah penting untuk memberitahu doktor anda. Kajian genetik dan kaunseling disediakan untuk mereka yang berisiko. Walaupun ibu atau kakak anda mendapat kanser payudara, tidak bermakna anda juga akan mendapatnya. Perlu diingatkan bahawa kanser payudara berlaku mengikut nasib seseorang. Hanya 5 dalam setiap 100 kes mempunyai talian keturunan dengan baka kanser payudara. Lebih tua umur anda atau saudara anda semasa dikesan, semakin kurang kemungkinan ia disebabkan baka keturunan merupakan

5 Jauhi daripada mengamalkan terapi penggantian hormon (HRT) , jika boleh
Kajian mendapati terdapat pertalian rapat di antara pengambilan HRT untuk satu tempoh dengankanser payudara.Ini kerana kandungan HRT (ostrogen dan progosteron meningkatkan risiko mendapat kanser. Dianggarkan terdapat lebihan 19 kes bagi setiap 1,000 wanita yang mengambil HRT untuk tempoh 10 tahun. Bagaimanapun 5 tahun setelah berhenti faktor risikonya kembali normal. Jika anda perlu mengambil HRT dapatkan nasihat doctor terlebih dahulu.

6. Periksa payudara anda setiap bulan
Ini merupakan langkah yang paling penting untuk anda. Langkah ini tidak akan mengurangkan risiko anda mendapat kanser payudara, namun ia dapat mengesan kanser di peringkat awal yang akan menjamin anda mendapat rawatan yang kurang agresif selain menyelamatkan payudara anda.


Tujuan pemeriksaan payudara adalah untuk mengetahui payudara anda. Ia perlu dilakukan sebulan sekali. Caranya melibatkan penelitaan mengenai perubahan pada payudara anda dan dengupannya /pempalpatannya di samping mencari sebarang ketulan atau nodus.

Jadikan Pemeriksaan sendiri payudara sebahagian amalan hidup anda.

Memandangkan payudara setiap wanita adalah unik, dengan mengenali payudara anda, anda dapat mengesan sebarang perubahan secepat mungkin. Ini tidak akan berlaku serta merta, namun dengan mengamalkan pemeriksaan setiap bulan adalah cara yang paling selamat.

Anda perlu ingat bahawa 60% daripada kanser payudara berlaku di luar persegi teratas payudara. Juga 70% kanser payudara dikesan sendiri oleh pesakit dan dalam 90% kes ketulan yang terdapat dalam payudara bukanlah kanser.

7.Amalkan diet lemak rendah
Kita tahu bahawa ostregan memainkan peranan besar dalam perkembangan kanser payudara dan tisu berlemak mengandungi sedikit ostrogen. Oleh itu kegemukan meningkatkan risiko anda mendapat kanser payudara. Namun jika berat badan anda berlebihan sebelum menopaus risiko mendapat kanser payudara lebih rendah dan jika selepas risikonya lebih tinggi dari biasa. Ini kerana wanita yangberlebihan berat badannya kurang mengovumdari biasa. Jadi sel payudara mereka terdedah kepada kandungan ostrogen yang rendah. Selepas pasca menopaus, ostrogen anda dikaitkan dengan jumalh lemak anda. Lebih banyak lemak, lebih tinggi paras ostrogennya.

8.Jangan lupa menjalani ujian tahunan mammogram anda – Ia bukan satu pilihan
Seperti pemeriksaan payudara, ujian mammogram juga hanya mampu mengesan, bukan mencegah kanser payudara. Ini kerana ujian mammogram mampu mengesan ketulan yang lebih kecil berbanding melalui pemeriksaan. Juga ia mampu mengesan sel kanser yang tidak dapat dirasa dengan tangan.

Menjalani ujian mammogram adalah mudah. Ia tidak memerlukan seseorang itu berpuasa. Cuma anda dilarang menggunakan deodran atau bedak di bahagian ketiak dan dada kerana ia akan menggangu artifaks filem. Tunggu seminggu selepas haid untuk menjalani ujian ini apabila tisu payudara anda lebih lembut.

Oleh kerana mamogram dilakukan oleh radiografer wanita, anda tidak perlu malu melakukannya. Cuma anda akan rasa kurang selesa seketika dan ia mengambil masa beberapa saat sahaja.

Bila anda perlu menjalani ujian mammogram?

Garis panduan sedia ada untuk wanita yang tidak mempunyai tanda-tanda berkaitan payudara adalah:

Umur 35-40: satu mammogram diperlukan
Umur 40-49; mulakan mammogram setiap tahun
Umur 50 ke atas: lakukan mammogram satu atau dua tahun sekali bergantung kepada faktor seperti terapi penggantian hormone (HRT) dan profil risiko seseorang.

9. Berkeluarga awal jika boleh
Seorang wanita yang mempunyai anak di awal hidupnya mengurangkan risikonya mendapat kanser. Ini kerana ia meningkatkan jumlah protein p53 yang mampu melindungi mendapat kanser payudara. Juga mengandung menyekat kitaran haid seseorang wanita dan seterusnya melindunginya darpada kanser payudara dan serviks.

10. Amalkan penyusuan badan
Kajian mendapati tempoh tanap haid sewaktu mengandung dan menyusu badan mengurangkan risiko wanita mendapat kanser. Maklumat ini turut disertakan dengan data yang mencadangkan bahawa menopaus awal mengurangkan faktor risiko mendapat kanser payudara bagi seorang wanita.

Kanser payudara bukanlah satu hukuman mati. Dengan cara pengesanan yang lebih canggih dan rawatan yang lebih efektif, peluang untuk sembuh lebih baik. Namun, Kanser Payudara mungkin menjadi satu Hukuman Mati Akibat Kecuaian.


10 Cara Berhenti Merokok, Selamba Tapi BERKESAN





Rokok sudah difatwakan haram. Jadi bagi yang merokok kenalah berusaha untuk tak merokok. Ada cara berhenti merokok nie. Tapi paling penting semangat harus kental. Dan mind set kena betul. Tiada yang mustahil. Bermujahadahlah wahai perokok semua. 

Masih ramai yang sayangkan kamu. Takkan sanggup mati awal, tinggalkan isteri dan anak. Taklah sanggup menderita kanser yang kejam memakan diri. Dan takkanlah takde sekelumit pun rasa bersalah waktu rokok disedut.

Ya berhenti merokok bukan mudah. Berazamlah. Berusalah. Cuba untuk berhenti.
10 Cara Berhenti Merokok Paling Berkesan
1. Lengahkan
Jika ada rasa mahu 'pekena sebatang' lengahkan. Lewatkan 10 minit. Buatlah perkara lain dulu. Minum kopi atau buat apa saja yang boleh mengalihkan perhatian. Ulang sebanyak mungkin bila tiba rasa nak merokok.

2. Tolak Konsep 'Cukuplah Sebatang'
Jangan terperdaya dengan 'cukuplah sebatang'. Tak payah hisap langsung jika sudah ada keinginan nak berhenti merokok. Ini kerana sebatang rokok akan menyebabkan rokok dihisap habis sekotak.


3. Elakkan Punca Merokok
Kenali apa punca merokok. Contohnya sebab nak setaraf dengan kawan-kawan, elakkan stress, duduk melepak atau berkumpul dengan kawan-kawan. Cuba sebaik mungkin untuk terlibat dengan punca-punca merokok ini. Jika ramai kawan-kawan yang merokok. Elakkan untuk lepak bersama. Atau pindah tempat melepak ke tempat yang dilarang merokok. Contohnya dalam masjid.

Atau jika sebelum ini bercakap di telefon menimbulkan rasa nak merokok. Ambillah sebatang pen dan contenglah sepuas hati.

4. Bersenam
Ya cara berhenti merokok nie sangat membantu menghilangkan ketagihan merokok. Adakan rutin 30 minit senaman setiap hari. Jika tersangkut di pejabat. Lakukan senaman ringan seperti push up, lari-lari anak atau buat solat sunat dan jika ada masa lagi bacalah Al-Quran. Dan berdoa minta Allah kuatkan semangat untuk tak menjamah rokok.


5. Belajar Untuk Relax
Stress adalah satu penyebab paling popular kenapa merokok. Jadi cubalah menjadi seorang yang lebih cool. Dan lebih bijak dalam berdepan dengan stress. Contoh paling baik, ambillah air sembahyang. Atau buat teknik deep breathing (2 saat tarik nafas- 4 saat tahan- 8 saat hembus nafas keluar). Atau bayangkanlah sesuatu yang membuatkan korang rasa sejuk. 

6. Libatkan Keluarga Dan Rakan-Rakan
Beritahu ahli keluarga dan kawan-kawan bahawa korang mahu berhenti merokok. Jadi bila timbul keinganan nak merokok. Beritahu mereka. Dan sudah pasti mereka akan ingatkan kembali niat murni korang yang dah tak nak merokok. Paling baik, beritahu pada isteri. Sudah pasti dia akan menyokong 100% keputusan itu.

7. Ingatlah Kebaikan Tak Merokok
Buat senarai atau sebutkan kebaikan-kebaikan yang korang dapat jika tak merokok. Sebagai contoh, isteri makin sayang. Anak-anak bertambah sihat. Korang makin awet muda. Nafas dah berbau harum, jadi jika belum kahwin mudah sikit nak bertemu jodoh. Apa saja yang menambahkan semangat untuk tak merokok lagi.

8- Go Online
Rajinkan diri mencari inspirasi kisah-kisah mereka yang dah berjaya tak merokok. Ketahui dan belajar bagaimana cara mereka berhenti merokok, bertarung dengan keinginan nak merokok. Brader, you are not alone.

9- Menguyah
Jika rasa nak merokok, kunyah adalah cara berhenti merokok yang paling simple. Cari bahan kuyahan yang sihat. Kacang atau gula-gula getah yang kurang gula.

10- Guna Alat Bantuan
Banyak yang ada dipasaran. Nikotin tablet, patches, gula-gula getah bagi memenuhi keperluan nikotin yang menggila